Aluan Presiden

Seulas Pinang, Sekapur Sirih.

Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung website Masdea Kebangsaan.

Sesungguhnya MASDEA telah berbuat sesuatu untuk Negara Malaysia khususnya meningkatkan lagi jurang ekonomi dalam pembangunan kemahiran dan juga membuka ruang kerja kepada mereka yang telah dilatih.

Saya berada sangat bangga kerana dengan wujudnya sokongan yang terus diberikan oleh pihak Kerajaan Malaysia, maka Masdea dengan jawatankuasanya telah bekerjasama dengan Universiti Awam dan juga Swasta serta Kolej yang terpilih bagi membentuk program-program latihan bersama demi memberi pendidikan kemahiran yang lebih baik kepada para penganggur dan juga mereka yang ingin menambahkan pelajar secara eksekutif dalam konteks “lifelong learning”

Saya berharap dengan adanya website Masdea ini, ianya akan membantu anda untuk mendapatkan maklumat secara tepat dan juga menjimatkan masa.

Kepada para pemilik akademi, saya menyeru anda untuk menyertai MASDEA demi meningkatkan lagi mutu pendidikan anda diperingkat akademi.

Semoga semuanya lancar dan selamat maju jaya.

Salam hormat kepada semua.

Dr. Andrew Tan Yih Full, Presiden MASDEA Kebangsaan.