JK Induk Perintis

Senarai jawatankuasa perintis yang juga merupakan jawatanpuasa Majlis Presiden, penugasan adalah menyemak imbang MASDEA dan memastikan pertubuhan berjalan sesuai dengan objektif, Majlis Presiden ini juga boleh menilai dan melantik mana-mana individu yang dikira sesuai bagi menyertai dan memantapkan lagi perjuang MASDEA dalam arena pendidikan. (Lembaran gambar berkumpulan dan akan diupdate dari masa ke semasa dengan lebih sempurna untuk kebaikan semua pihak)

Jawatankuasa induk perintis telah memberikan tugas kepada jawatankuasa tertinggi masdea yang merupakan jawatankuasa yang diwujudkan sebagai jawatankuasa kerja bagi melancarkan kerja-kerja yang dilaksanakan masdea berpandukan dengan objektif masdea. Jawatankuasa tersebut boleh mengundi antara mereka dan dinamakan sebagai Jawatankuasa Kerja Tertinggi Masdea dengan naungan seorang presiden, dua orang timbalan presiden, enam orang naib presiden dan setiausa serta pembantunya dan bendahari dengan pembantunya.

Sekiranya keputusan tidak tercapai dalam mesyuarat jawatankuasa kerja tertinggi, maka ianya kaan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa Majlis Presiden yang tentunya mempunyai pengalaman yang boleh menyelesai dan membuat keputusan yang baik untuk semua.