JK Kerja Tertinggi

Andrew Tan
Timbalan Presiden 
(Pengurusan dan Administrasi)
YBrs. Fellow Dr. Andrew Tan Yih Full
Presiden
Masdea

YBrs. Fellow Dr. Andrew Tan Yih Full merupakan Presiden Masdea bagi tahun 2022 sehingga ke tahun pemilihan jawatan-kuasa akan datang yang biasanya ditentukan oleh Majlis Presiden bagi membentuk jawatankuasa tertinggi Masdea.

Beliau mempunyai akademi sendiri dan juga tenaga pengajar dalam beberapa bidang termasuk bidang mengajar secara kebajikan kepada para anak-anak yang mempunyai kekurangan dalam anggota serta bermasalah dalam pelajaran termasuk peringkat “down syndrome” dan lain-lain yang serupa dengannya..

YH. Dato' Ir. Haji Abdul Aziz Abdullah Timbalan Presiden 
(Hubungan Kerajaan & Disiplin)
YH. Dato’ Ir. Haji Abdul Aziz Abdullah Timbalan Presiden
(Hubungan Kerajaan & Disiplin)

Yang Hormat Dato’ Ir. Haji Abdul Aziz Abdullah adalah seorang yang mempunya pengalaman dalam mencurahkan baktinya dalam pendidikan (Train the trainer), beliau banyak pengalaman dalam dunia perumahan dan juga perinsian online seperti wordpress dan lain lain.

Beliau juga banyak membantu MASDEA dalam mencapai kata-kata sepakat untuk pendidikan kemahiran dan juga memanjangkan kepada pihak-pihak berwajib dalam Kerajaan dan juga swasta yang berkorporat. Beliau juga sebagai seorang HRDF trainer yang berdaftar.

Dengan kehadiran beliau yang dipilih oleh ahli Masdea, beliau diberikan tanggung-jawab sebagai Timbalan Presiden dan menjaga disiplin serta memberi khidmat dalam kumpulan permohonan rayuan Masdea.

Simon Teow
Naib Presiden
(Akademik)

Simon Teow adalah seorang pengajar yang begitu pengalaman bukan sahaja pernah menjadi Pramugara, beliau juga pernah memberi perkhidmatannya kepada VVIP dalam Negara.

Pengalaman beliau dalam mencurahkan baktinya dalam pelbagai bidang termasuk branding dan juga meningkatkan nilai sesesuatu syarikat dengan menghadiri latiahn yang diberikan oleh beliau.

Selain itu, beliau juga merupakan tenaga pengajar HRDF yang aktif memberi perkhidmatannya.

Beliau telah menyertai masdea lebih dari 2 tahun dan kini beliau dipilih dalam pemilihan dan berjaya memenagi sebagai Naib Presiden (Akademik) dan merupakan tanggung-jawab serta cabaran kepada beliau untuk memastikan Masdea dapat dipandu kearah yang sesuai dengan kecemerlangan objektifnya.

Sam Selvaraj 
Naib Presiden 
(Hal Ehwal Pengajar dan Pelajar)
Sam Selvaraj
Naib Presiden
(Hal Ehwal Pengajar dan Pelajar)

Pengalaman Sam Selvaraj sudah diiktiraf sebagai seorang yang banyak memberikan baktinya dalam pengurusan logistik dan termasuk pengurusan sumber manusia dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Dalam memberikan khidmat dan nasihat, beliau sangat berpengalaman dalam bidang perjumpaan dengan para pelajar dan juga menapis tenaga pengajar, beliau juga banyak mempunyai hubungan baik dengan para pengajar-pengajar yang berpengalaman dan boleh mambantu Masdea.

Kini beliau dipilih sebagai Naib Presiden Hal Ehwal Pengajar dan juga Pelajar di MASDEA bagi memberi nasihat serta menggerakkan Masdea kearah yang lebih cemerlang dengan pengalamannya yang sedia ada.

Dato' Sri Dr. Johnny Chai
Naib Presiden
(Antarabangsa)
Dato’ Sri Dr. Johnny Chai
Naib Presiden

(Antarabangsa)

Dato’ Sri Dr. Johnny Chai merupakan seorang pemimpin NGO yang sudah mempunyai pengalaman yang banyak, dalam sektor pendidikan beliau juga mempunyai tenaga pengajar dan program yang tersendiri.

Banyak memberi bantuan kebajikan melalui NGO yang dipimpin oleh beliau dan khasnya dalamsektor pendidikan.

Beliau juga mempunyai banyak kenalan dalam akademi peringkat swasta serta banyak membuat perkongsian dalam penyertaan bagi menggerakkan akademi swasta untuk menjalinkan hubungan dengan Masdea sekali gus dapat berkolaborasi dengan pihak Universiti dengan syarat yang dipatuhi.

Beliau juga banyak membantu Masdea dengan memberikan idea-idea yang bernas untuk pembangunan MASDEA kedepan, kini beliau dipilih sebagai Naib Presiden dan menjaga port folio Antarabangsa bagi menguatkan lagi hubungan Masdea dengan jalinan antarabangsa.

Lim Ming Liang
Naib Presiden

(Perancangan Kewangan)

Lim Ming Liang seorang pengusaha muda yang mempunyai nilai didik dalam perangcangan dan juga penggerak dalam bidang kewangan, beliau suka bekerja dan belajar perkara yang baru dan kini diberikan tanggung-jawab sebagai Naib Presiden perangcangan kewangan bagi membantu Masdea untuk mendapatkan kewangan yang lebih dan dapat membantu lebih ramai masyarakat secara kebajikan yang berpendidikan.

Ming liang adalah seorang pemegang lesen perancangan kewangan dari bank negara ” certified financial planner by Bank Negara Malaysia”

Selain itu beliau juga merupakan pengusaha akademi sendiri dalam bidang butik dan juga musik, arena pengalaman yang beliau ada untuk golongan B40 pastinya akan membantu Masdea dengan meningkatkan lagi minat serta kemasukkan keahlian akademi kepada masdea.

Richmond Ho 
Naib Presiden 
(Pembangunan Belia dan Usahawan)
Richmond Ho
Naib Presiden
(Pembangunan Belia dan Usahawan)

Richmond Ho seorang pengusaha akademi dalam bidang sukan air, beliau sangat sesuai dipilih sebagai Naib Presiden Belia dan Usahawan untuk membangunkan lagi minat belia terhadap pendidikan kemahiran.

melalui latihan Masdea akan memberi ruang untuk bekerja dalam industri, beliau akan menggerakkan para belia dan kenalan dalam usahawan untuk menambahkan lagi peluang pekerjaan kepada mereka yang telah belajar melalui platform Masdea.

Dengan pertemuan demi pertemuan bersama usahawan dan belia, Masdea akan mendapat nama yang baik serta promosi yang lebih luar biasa dan pastinya kepercayaan ahli yang memilih beliau sebagai Naib Presiden akan memberi impak yang baik kepada Masdea dan juga ahlinya pada masa kedepan.

Datuk (Dr.) Steven Lai

Datuk (Dr.) Steven Lai telah dilantik oleh jawatankuasa bagi menjalankan kerja-kerja sebagai naib presiden Masdea dalam port folio kerjasama antara akademi, beliau berlatar belakang dalam industri kecantikan dan salon serta mempunyai ilmu dalam bidang estetika. Seorang ahli perniagaan yang berjaya dan banyak memberikan idea kepada Masdea sehinggakan prestasi beliau dapat mengembangkan lagi hubungan serta jaringan pendidikan antara Masdea dengan rakan strategiknya kedepan.

Emily Yeong 
Setiausaha Agung
Emily Yeong
Setiausaha Agung

Emily Yeong, seorang yang berpengalaman dalam dunia kemahiran mencabar seperti, cara dan kemahiran yang betul untuk mendaki serta memanjat sebuah pohon yang memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang minat dalam arena pekerjaan kemahiran seperti ini, nampak seperti mencabar namun beliau memang mempunyai pengalaman dalam memberi pendidikan seperti ini melalui akademi beliau.

Dalam dunia kesetiausahaan beliau juga pernah berkhidmat membantu Andrew Tan sebagai pembantu sewaktu menjadi Setiausaha Agung, ternyata ipemilihan ini adalah sudah terlatih dan beliau pasti boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada semua ahli Masdea yang ada dan yang akan bersama pada masa kedepan.

Tan Geok Ying
Penolong Setiausaha Agung

Tan Geok Ying adalah seorang yang berdedikasi dan banyak membantu masdea, pemilihan kali ini beliau diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggung-jawab sebagai penolong setiausaha untuk membantu Emily Yeong sebagai setiausaha agung.

Beliau juga adalah seorang yang berpengalaman dalam dunia perkeranian dan setiausaha dan banyak membantu mantan setiausaha sebelum ini menyiapkan kertas-kerja dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan perkeranian.

Masdea yang sedang berkembang menerima baik dengan kehadiran beliau dalam kumpulan pentadbiran tertinggi masdea.

Ken Tan
Bendahari

Ken Tan adalah seorang yang suka memberikan perkhidmatan dan banyak membantu dalam kebajikan, beliau juga merupakan pengajar dan juga berdaftar dengan HRDF, dengan pengalaman yang ada pada beliau, pengurusan kewangan yang telah sebelum ini terkumpul dilaksanakan dengan baik.

Beliau diberikan kepercayaan oleh ahli untuk terus berkhidmat sebagai bendahari kepada Masdea

Dengan pengalaman yang ada pada beliau, menjaga dan melaporkan kewangan adalah terbaik untuk ahli dan juga masdea.

Ken Tan juga boleh memberikan presentasi dalam beberapa bidang yang beliau amat berpengalaman contoh seperti bidangpengurusan pengkebumian dan juga pengurusan syarikat, beliau juga merupakan penceramah dalam beberapa bidang tersebut dan boleh berkongsi pengalaman dengan baik.

Dr. Tan Yunn Jin
Penolong Bendahari

Dr. Tan Yunn Jin seorang pengajar yang berpengalaman dalam bidang perbidanan dan beliau juga berpengalaman menguruskan perakauanan dengan baik, sesuai dengan petunjuk para ahli beliau dipilih sebagai penolong bendahari bagi menguruskan laporan kewangan yang juga pengganti kepada bendahari sekiranya bendahari tidak hadir.

beliau jugamempunyai pengalaman untuk mengajar dan menjaga dan juga pentadbir pusat perbidanan dengan baik.

dengan kehadiran beliau dalam Masdea, pastinya organisasi ini akan lebih baik dan lebih mudah untuk mengurus dalam kewangan dan juga pentadbiran yang berkaitan dengannya.

*** Harap maaf, webside ini sedang dikemaskini. Sekiranya mempunyai sebarang perubahan atau salah ejaan sila hubungi admin di talian 0193151522