Penasihat Kehormat

YB. Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Khalid bin Ibrahim
Penasihat Kehormat MASDEA Kebangsaan

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Khalid Ibrahim adalah merupakan tokoh ekonomi yang sangat terkenal dalam Malaysia, beliau juga telah banyak membantu memberi nasihat kepada Majlis Presiden MASDEA dan juga sangat menolong masyarakat diakar umbi dengan mendengar nasihat ekonomi dari beliau, ianya pasti akan menjadi suatu bayangan yang diimpikan dan akan mencapai kearah kejayaan dengan usaha dan semangat juang.

Majlis Presiden telah menetapkan bahawa Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Khalid Ibrahim telah dinobatkan sebagai Penasihat Kehormat kepada MASDEA atas kelayakkan dan pengalaman beliau yang sangat layak.

Sekarang beliau juga sebagai penasihat kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan dan beliau juga pernah memegang jawatan penting dalam Negara termasuk pernah menjawat sebagai Menteri Besar Selangor. Pelantikan beliau adalah sesuai dengan kehendak pertubuhan yang memerlukan Penasihat yang pakar dalam bidang ekonomi dan berpengaruh.

Rujukan Pelantikan : Majlis-Presiden-Masdea/Lantik TSKI-Penasihat – 01/Julai/2019

Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah
Penasihat Kehormat MASDEA
Kebangsaan

Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah adalah seorang tokoh pendidik yang sangat terkenal dan beliau juga telah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara kerana jasanya dalam pendidikan yang sangat banyak.

Majlis Presiden telah melihat pengalaman dan juga ilmu beliau yang perlu dipanjangkan kepada naak-anak muda serta kepimpinan akademi dalam MASDEA dengan jaga dan pengalaman yang sangat diiktiraf itu, Majlis Presiden MASDEA menobatkan beliau sebagai Penasihat Kehormat MASDEA Kebangsaan.

Rujukan Pelantikan : Majlis-Presiden-Masdea/Lantik TSIS-Penasihat – 01/Julai/2019