Penaung

YB. SENATOR DATUK SERI HAJI ABDUL HALIM ABDUL SAMAD
PENAUNG MASDEA
YB. SENATOR DATUK SERI HAJI ABDUL HALIM ABDUL SAMAD
PENAUNG KEHORMAT MASDEA

Majlis Presiden telah menetapkan sesuai dengan peraturan dan juga undang-undang tubuh MASDEA, adalah semoleknya MASDEA mempunyai seorang tokoh Penaung yang berlatar belakangkan Pendidikan. Maka dengan sukacitanya Majlis Presiden telah telah melantik YB. Senator Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad sebagai Penaung MASDEA dan berjaya dimasyurkan pada 2019 saat hari pelantikan anggota Masdea kebangsaan.

YB. Senator Datuk Seri Haji Abd. Halim Abd Samad adalah seorang tokoh pendidik yang pernah menerima anugerah sebagai Tokoh Pendidik dari UiTM yang disemurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia. Beliau adalah seorang yang sangat berpengalaman dalam pendidikan dan juga bertugas lama dalam Kerajaan, selain dari itu beliau juga sering memberi pendidikan serta ilmu kepada para anggota Majlis Presiden dan juga Masdea.

Pelantikan beliau adalah sangat sesuai dengan pengalamannya dan dipersetujui oleh semua ahli majlis presiden MASDEA. Senator Datuk Seri Haji Abd Halim Abd Samad juga berkhidmat sebagai Timbalan Yang DiPertua Dewan Negara, Parlimen Malaysia dan pernah memegang beberapa jawatan kanan dalam Kementerian.

Rujukan : Keputusan-Majlis-Presiden/Penaung/Lantikan – 01/Ogos/2019